HOTEL TH HARUS DIKEKALKAN STATUS PATUH SYARIAH

BANGI, 20 FEB – Semalam Tabung Haji (TH) telah mengumumkan empat rangkaian hotel TH di lokasi strategik iaitu di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Sabah bakal menamatkan operasi berkuat kuasa pada 1 April depan serta terdapat perubahan nama baharu iaitu Raia Hotel.

Walau bagaimanapun, perubahan tersebut tidak memberikan khabar gembira buat umat Islam kerana kebimbangan terhadap pengurusan yang baru terutama dari aspek hotel patuh syariah.

Perkara ini menurut Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Seberang Perai Utara, Ustaz Abdul Rahim Sudin yang berharap  konsep asal Hotel TH patuh syariah dikekalkan.

“Semestinya hotel TH yang patuh syariah sangat dekat di hati umat Islam dan menjadi pilihan orang Islam untuk menginap.

“Patuh syariah yang dimaksudkan apabila berlaku operasi yang halal dan tidak melibatkan unsur haram dalam perniagaan. Hotel yang patuh syariah bukan sahaja melihat kepada aspek transaksinya yang halal malah kepada perkhidmatan yang sesuai dengan harga dikenakan,” katanya.

Ujarnya lagi, hotel ini juga harus diurus oleh muslim bermula dari pengurusan sehinggalah perkerja am dan perlulah mempunyai sijil Halal JAKIM supaya aspek patu syariah dapat dikekalkan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat