I-Medik saran orang awam hadkan pergerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

BANGI, 12 Mac – Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Prof. Dr. Azmi Md Nor menyarankan orang awam supaya mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tidak mengunjungi tempat tumpuan tumpuan ramai bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang sudah mencapai tahap pandemik.

Ujar Dr. Azmi, penyebaran wabak ini boleh berlaku melalui kontak rapat dan risiko pendedahan yang tinggi di tempat-tempat awam yang ramai orang.

Pada masa yang sama, Dr. Azmi menasihati organisasi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) untuk membatalkan segala program berskala besar bagi mengurangkan risiko jangkitan virus ini selari dengan arahan daripada KKM.

“Penganjuran program skala besar pada waktu sekarang adalah amat tidak digalakkan,” katanya ketika dihubungi.

Setakat jam 4 petang semalam,virus yang boleh berjangkit dari individu ke individu melalui titisan pernafasan (droplet) atau sentuhan ini berjumlah 149 kes.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat