Iktibar pengorbanan Nabi Ibrahim

Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dari kisah pengorbanan keluarga  Nabi Ibrahim dan seboleh mungkin mencontohi peribadi yang sangat mulia ini.

Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Ibrahim berkata “Wahai anakku! Sesugguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!” Dia (Ismail) menjawab: “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang telah diperintahkan  (ALLAH) kepadamu; dengan kehendak ALLAH, engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.”

(as-Saffat; 102)

Sebagai orang yang beriman, kita seharusnya mengikut jejak Nabi Ibrahim yang memberikan ketaatan kepada Allah  tanpa alasan  dan memberi kepatuhan kepada Allah tanpa syarat. Inti dalam kehidupan iman ialah taat dan patuh  tanpa tapi dan syarat.

Begitu juga dalam kehidupan beriman kita tidak boleh memilih-milih syariat yang sesuai dengan hawa nafsu kita, sekiranya kita suka kita amalkan, sekiranya tidak suka dengan syariat tersebut kita tinggalkan. Iman tanpa taat seperti gula tanpa rasa manisnya.

Nabi Ibrahim sangat sabar dalam mendakwahi bapa baginda supaya beriman kepada Allah swt. Baginda ingin sekiranya bapanya masuk ke dalam syurga bersama-sama. Sabar yang tidak bersyarat. Kita perlu menyampaikan dakwah dengan cara yang paling baik. Dakwah sepatutnya menanam benih bukan menanam racun. Hakikat dakwah adalah untuk mengajak orang untuk masuk syurga seramai yang mungkin bukan sebaliknya.

Pengajaran lain adalah Nabi Ibrahim banyak berdoa kepada Allah dalam kerja dakwahnya. Ini boleh kita lihat dengan banyaknya doa yang dirakamkan dalam Alquran. Para pendakwah perlu sentiasa berdoa supaya kerja dakwah mereka mendapat bantuan daripada Allah SWT.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

“ SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL KITA SEMUA DALAM BULAN ZULHIJJAH YANG MULIA INI”.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat