ISMA Gombak, stesen PETRONAS agih bantuan Ramadhan kepada warga Batu Caves

GOMBAK, 14 Mei 2020 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Gombak dan Yayasan Ikhlas telah bekerjasama dengan dua stesen minyak PETRONAS untuk mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada warga yang memerlukan. Agihan sumbangan ini telah diadakan di Stesen Petronas Taman Sri Gombak dan Stesen Petronas Taman Samudra yang terletak di sekitar Batu Caves.

“Aktiviti ini merupakan penerusan kepada program bantuan ‘Dari Gombak Untuk Gombak’ dan juga program ‘Bakul Kasih Ramadan’ yang dianjurkan khusus untuk golongan fakir, miskin, ibu tunggal, orang kelainan upaya dan mereka yang terjejas akibat krisis sedang wabak yang melanda,” menurut Encik Khairil Annuar yang merupakan Ketua Komuniti ISMA bagi kawasan tersebut.

Bantuan ini telah dijayakan hasil sumbangan masyarakat yang sentiasa prihatin melalui tabung yang disediakan dan diharapkan ianya mampu memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang menerimanya.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak PETRONAS Dagangan Berhad yang memberi kebenaran untuk aktiviti ini dan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua-dua pihak pengurusan stesen atas kerjasama erat yang diberikan,” kata beliau.

“Semoga kita akan dapat bekerjasama lagi dalam program lain pada masa akan datang,” menurut beliau lagi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat