ISMA Gombak mula operasi salur sumbangan COVID-19 kepada warga Gombak

GOMBAK, 12 April 2020: ISMA Gombak telah menyempurnakan pusingan pertama operasi penyampaian bantuan kepada warga sasar di sekitar Gombak.

Sumbangan yang disampaikan diterima daripada pelbagai pihak susulan pelancaran kempen bantuan Dari Gombak Untuk Gombak hanya beberapa hari sebelum itu.

Dalam operasi pada pagi Ahad itu, pasukan yang diketuai oleh pengarah kempen, Ustaz Assiddiq Fauzan, telah menziarahi seramai 25 keluarga bagi menyampaikan bahan makanan asas dan sejumlah wang tunai.

Mereka terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya dan sebahagian yang keputusan sumber selain mereka yang tercicir daripada skim bantuan kerajaan.

Operasi pertama ini telah bertumpu di kawasan Kampung Changkat dan Kampung Padang Balang, Gombak.

Kempen ‘Dari Gombak Untuk Gombak’ kini sudah masuk ke minggu kedua dan pihak ISMA Gombak sedang giat mengutip sumbangan daripada semua pihak bagi tujuan ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat