KAID, ANGKAT ISU RUMAH TANGGA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Oleh Latifah Hashim

IPOH, 16 Feb – Program Kerana Aku Isteri Dia (KAID) anjuran Wanita Isma cawangan Ipoh kali ini telah mengangkat isu rumah tangga dengan tajuk “Nikah Cuai Isteri Terabai”.

Program yang berlangsung di Dewan Seminar Restoran Kampung Ipoh itu semalam telah dihadiri oleh 100 orang peserta yang terdiri daripada para wanita dari sekitar Ipoh. 

“Pada hari ini, isu rumah tangga yang melibatkan perceraian, nafkah, harta sepencarian dan sebagainya semakin membimbangkan.  Justeru Wanita Isma Ipoh mengorak langkah mengangkat isu ini untuk dibincangkan dalam program KAID pada kali ini”, ucap Ustazah Dr. Hajah Nornajwa binti Ghazali selaku ketua Wanita Isma Ipoh dalam ucapan pembukaan beliau dalam program tersebut. 

Sementara itu, Yang Dipertua Isma Ipoh, Sahibus Samahah Dato’ Ustaz Haji Zamri bin Hashim mengingatkan kepada isteri tentang hak mahar yang wajib dibayar oleh seorang suami kepada isteri dan sekiranya suami tidak membayar mahar, isteri boleh tuntut di mahkmah.

“Justeru syariat sememangnya menjaga hak-hak isteri dalam perkahwinan”, tambah Ustaz Zamri lagi dalam pembentangan slot beliau yang  bertajuk “Isteri Terbela Syariat Menjaga”. 

Slot tersebut telah mengupas tentang kepentingan suami dan isteri dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing agar sebuah keluarga yang bahagia dapat dibina menurut syariat Islam.

Slot seterusnya telah disampaikan oleh Puan Salina Marhamah binti Shamsuddin yang merupakan seorang peguam syarie di salah sebuah firma guaman di Ipoh. 

“Isteri perlu membuat persediaan awal iaitu dengan menyimpan dokumen-dokumen penting sekiranya berlaku perceraian”.

“Jika berlaku perceraian, isteri dapat menuntut haknya di mahkamah”, tegas Puan Salina. 

Program KAID adalah program tahunan anjuran Wanita Isma Ipoh dengan tema “Wanita Bahagia, Keluarga Sejahtera” yang memberi pendedahan serta maklumat berkaitan isu dan cabaran yang sering berlaku dalam rumahtangga.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat