KAUM CINA MASIH MAHU PH KEKAL, DAN ANWAR SEBAGAI PM, JADI APA PILIHAN YANG ADA?

– Dalam PRU14 2018 yang lalu, lebih 92 % undi kaum Cina diberikan kepada PH.

– Manakala undi orang-orang Melayu berpecah kepada 24 % (PH), 46 % (BN) dan 26 % (PAS).

– Selepas Bersatu keluar dari PH Feb 2020 bersama 11 lagi MP daripada PKR, PH 2.0 kini memiliki 92 MP dari 3 parti iaitu DAP (42 kerusi), PKR (39 kerusi) dan Amanah (11 kerusi).

Pilihan yang ada adalah :

1- Kerajaan Gabungan – Tun M
2- Kerajaan Minoriti PH 2.0 – Anwar
3- Pembubaran Parlimen dan PRU

Tun M tidak memiliki sokongan yang kuat setelah PH 2.0 menamakan Anwar sebagai calon PM, manakala MN tidak bersetuju dengan Unity Government terutamanya apabila melibatkan DÀP.

Sehingga kini, Anwar memiliki sokongan terbesar iaitu sokongan daripada 93 MP. (33 MP Muslim dan 60 non-Muslim – sokong Anwar sebagai PM).

Bersama kita nantikan keputusan yang terbaik dari persidangan Majlis Raja-Raja Melayu dan mendoakan agar rakyat diberikan mandat penuh dan segar untuk memilih kepimpinan negara yang baharu selepas pembubaran parlimen.

Dr, Zainur Rashid Zainuddin

Naib Presiden Isma

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat