KEISTIMEWAAN WANITA DALAM ISLAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Wanita merupakan sebahagian daripada penciptaan manusia. Mereka adalah elemen terpenting daripada penciptaan manusia. Nasib sesebuah bangsa dan hala tuju ummah bergantung kepada sejauh mana didikan yang diterima oleh seorang anak daripada ibunya.

Islam juga telah mengangkat darjat wanita dan menjadikannya setaraf dengan kaum lelaki dari segi hak dan tanggungjawab.

Islam juga melihat wanita, satu makhluk yang sangat istimewa kerana : 

  1. Ibu tempat pertama

Dari Abu Hurairah r.a beliau berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali? Nabi SAW menjawab, Ibumu! Dan orang tersebut kembali lagi, Kemudian siapa lagi? Nabi SAW menjawab Ibumu! Orang tersebut bertanya kembali, Kemudian siapa lagi, Beliau menjawab, Ibumu. Orang tersebut bertanya kembali, Kemudian siapa lagi, Nabi SAW menjawab, Kemudian ayahmu,”

  1. Perintah melayan wanita dengan baik

Rasulullah SAW meninggalkan pesanan kepada seluruh kaum muslimin ketika haji Wida’ agar melayan kaum wanita dengan baik. Sabda baginda yang bermaksud, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah dia menyakiti jirannya. Aku berpesan kepada kamu semua agar berbuat baik kepada wanita,”

  1. Syurga bagi mereka yang bersabar menjaga dan mendidik anak-anak perempuan

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Imam Ahmad “Barang siapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, lalu ia membimbingnya, menyayanginya dan memeliharanya, wajiblah syurga baginya.

  1. Layanan istimewa dari Rasulullah SAW

Ibn Abbas meriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bersabda dengan bermaksud, “Layanlah sama rata antara anak-anakmu dalam pemberian. Sekiranya aku melebihkan seseorang nescaya aku lebihkan wanita,”

  1. Istimewa seorang ibu bagi seorang lelaki

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW, suaminya. Siapa pula berhak terhadap lelaki? Jawab Rasulullah SAW, Ibunya.”

  1. Jihad ibu mengandung

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Jawzi menyebut tentang Ibn Omar. Beliau meriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bersabda dengan bermaksud “Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad kepada jalan Allah. Sekiranya dia meninggal disebakan bersalin, maka baginya pahala syahid.

Biro Keluarga dan Maksyarakat (BKM)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat