Kejarlah fadilat bulan Ramadan-Wanita Isma

Salam Ramadan buat semua.

Bersyukur kerana Allah mengizinkan kita bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Walaupun Ramadan kali ini disambut dengan suasana yang amat berbeza dengan sebelum ini, moga ia tidak melunturkan semangat untuk kita menghidupkan hari-hari dan malam-malam Ramadan dengan ibadah dan pelbagai amalan kebajikan. Walau apapun keadaan kita fadilat dan kelebihan bulan Ramadan tetap harus dikejar.

Bulan Ramadan adalah kurniaan Allah buat hamba-hambaNya. Bulan yang dimuliakan Allah dengan pelbagai ganjaran dan dibuka pelbagai pintu kebaikan. Bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. Dengan rahmat Allah, pintu-pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan di belenggu malah ganjaran ibadah dan amal soleh dilipatgandakan.

Itu semua bentuk rahmat Allah buat hamba-hambaNya yang beriman. Untuk itu, sambutlah Ramadan dengan penuh kerinduan. Hiasilah ia dengan amalan-amalan kebaikan. Tingkatkan hubungan dengan Allah. Eratkan hubungan sesama manusia. Perbanyakkan amalan kebaikan sesama insan. Semoga dengannya kita beroleh keberkatan.

Ramadan bulan takwa dan keampunan. Berpuasalah dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah. Moga dosa-dosa kita diampunkan. Keindahan Ramadhan tidak akan dirasai dan dinikmati melainkan kita benar-benar menghayati dan mengejar fadhilat serta keberkatan bulan ini.

Semoga Ramadan ini menyediakan jiwa-jiwa kita dengan ruh keimanan untuk mengharungi perjuangan yang masih panjang. Moga tarbiyah dan jihad yang kita lalui, mampu membentuk diri untuk terus kental mengharungi onak dalam perjalanan mendatang.

 

Dr. Suriani Sudi

Ketua Wanita Isma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat