KEKELIRUAN “KIUB PATI BABI KNORR”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

1. Setakat semakan Direktori Halal Jakim pada 11 Februari 2020, jam 3.00PM, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd masih tersenarai sebagai pemegang sijil Halal yang sah. Unilever adalah pengeluar kiub pati ayam Knorr di Malaysia.

2. Gambar kiub pati babi Knorr yang tersebar itu boleh jadi sahih, dan boleh jadi palsu. Jika sahih, ada beberapa isu:

Isu 1: Unilever (Malaysia) Sdn Bhd tidak boleh mengeluar atau mengedar produk kiub babi tersebut. Jika mereka terlibat, sijil Halal mereka akan ditarik serta-merta.

Berdasarkan carian di laman beli belah online Jaya Grocer, kiub babi tersebut diimport oleh Trendcell Sdn Bhd. Sesiapa saja boleh import barang ini masuk ke Malaysia. Unilever (Malaysia) Sdn Bhd secara umumnya tiada kuasa menghalang mana mana syarikat yang ingin mengimport produk ini ke Malaysia.

Isu 2: Kiub pati babi Knorr tidak boleh diletak bersebelahan dengan produk yang ada logo Halal. Peraturan Makanan 2009, Perkara 38 (e) menyatakan, “Food of swine origin (sus scrofa) is not stored together with food of non swine origin in the same storage facility”. Mana-mana pengendali makanan yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda RM10,000 atau penjara 2 tahun.

Jika gambar kiub babi diletak bersebelahan kiub lembu berlogo Halal ini sahih, maka pihak pasaraya boleh didenda, manakala pihak Unilever (Malaysia) Sdn Bhd tiada kaitan dengan kes ini. Saya pun tak tahu gambar itu diambil di pasaraya mana.

3. Saya tak tolak kemungkinan kredibiliti Halal syarikat Unilever (Malaysia) Sdn Bhd terjejas akibat sebaran gambar ini. Ia terpulang kepada kebijakan pihak syarikat mengendali isu ini. Inilah Halal Crisis Management. Biasanya syarikat besar memiliki pelan Risk Management, dan juga pelan Crisis Management untuk integriti Halal mereka. Mari kita lihat bagaimana mereka melakukannya.

Bilal Jailani

Eksekutif Halal HDC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat