KENYATAAN MEDIA : AKU INGIN PULANG: MISI KASIH PELAJAR MESIR

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah melancarkan tabung AKU INGIN PULANG: MISI KASIH PELAJAR MESIR untuk menampung sebahagian kos tiket penerbangan pelajar-pelajar yang ingin pulang tetapi tidak berkemampuan.

Ramai pelajar yang masih berada di Mesir mengharapkan bantuan kewangan kerana tiket penerbangan yang mahal lebih dua kali ganda daripada biasa. Anggaran satu tiket sehala mencecah RM 4,000 seorang, sehingga ada keluarga yang terpaksa bekerja keras untuk menampung tiket anaknya yang perlu segera pulang.

Dalam situasi pergerakan terhad, keadaan wabak yang masih meningkat jangkitan setiap hari serta fasiliti kesihatan dan keselamatan yang sangat rendah, rakyat kita terdedah dengan pelbagai kemungkinan.

Atas tanggungjawab ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Yayasan Maghfirah mengalu-alukan syarikat korporat, orang persendirian mahupun orang awam untuk menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar kita di Mesir.

Sumbangan ini boleh disalurkan melalui akaun Yayasan Maghfirah, Maybank (562263552802) atau CIMB (603221427).

Marilah kita bersama-sama berganding bahu agar tabung sumbangan yang dilancarkan ini mampu mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Semoga dengan sumbangan semua nanti tercapailah hasrat mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga di kampung dengan selamat dan sejahtera.

 

Dr. Hj Ahmad Kamsani Samingan

SUA Isma 

25 Jun 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat