Kenyataan Media mengenai perlantikan Barisan Jemaah Menteri yang baharu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

1. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan tahniah kepada barisan jemaah menteri yang baru sahaja dilantik yang dianggotai oleh wakil dari pelbagai parti termasuk golongan professional dan ulama’.

2. Pasukan yang dianggotai oleh figura-figura dari pelbagai latarbelakang yang berpengalaman luas dan professional ini diyakini akan menjadi satu pasukan yang stabil dan kukuh seterusnya mampu memimpin negara dengan baik.

3. Ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi amalan biasa walaupun tidak ada peruntukan dalam perlembagaan kali ini tidak menjadi masalah. Mungkin ini adalah strategi kebijaksanaan Perdana Menteri untuk tidak menimbulkan perbalahan di kalangan parti-parti komponen kerajaan.

4. Diharapkan agar menteri-menteri yang pernah dikaitkan dengan rekod kurang baik dapat memperbaiki dan membuktikan prestasi yang baik sehingga tamat penggal ini.

5. Jawatan Menteri Agama yang di lantik dari kalangan mufti ini adalah sesuatu yang baru dan sangat terpuji kerana berani mengangkat seorang ulama’ yang disegani oleh semua pihak serta tidak berpartisan. Kita berharap agar Menteri Agama dapat memainkan peranan yang lebih dalam menjaga keharmonian agama dan memberi ruang kepada NGO-NGO untuk terlibat dalam pelbagai perkara termasuk dalam merangka polisi-polisi yang berkaitan.

6. Selamat bertugas kepada semua yang dilantik dan diharapkan agar tanggungjawab ini dipikul dengan penuh beramanah. InsyaAllah.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA
9 Mac 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat