‘Kenyataan Xavier Jayakumar biadap hina Yang Dipertuan Agong’

Video ucapan Ahli Parlimen Kuala Langat iaitu YB Xavier Jayakumar yang menyifatkan sidang parlimen pada hari semalam sebagai ‘sampah dan tidak berguna’ adalah suatu kenyataan yg biadap dan melanggari adab seorang ahli parlimen.

Yang paling jelas adalah penghinaan terhadap Yang Dipertuan Agong (YDPA) yang bertitah semalam. Apakah beliau menyifatkan titah ucapan Tuanku sebagai ‘sampah dan tidak berguna’ kerana itu sahaja agenda pada sidang parlimen pada hari tersebut.

Saya cadang agar semua rakyat Malaysia yang cintakan negara, menjunjung perlembagaan persekutuan dan institusi Raja-Raja membuat laporan polis terhadap YB Xavier Jayakumar ini.

Kata-kata beliau ini bagi saya, boleh dikira sebagai menghasut. Walaubagaimanapun, kita biar mahkamah putuskan jika laporan polis ini membuahkan hasil.

Semestinya ini bukanlah kenyataan tidak sengaja tetapi saya yakin telah dirancang teliti untuk timbulkan rasa kebencian semata-mata kerana dahagakan perhatian dan pengaruh politik mereka yang semakin melemah.

Saya menyeru agar rakyat terus memerhati dan melaporkan mana-mana individu yang turut mengeluarkan kenyataan sebegini dan melaporkan kepada pihak berkuasa. Tindakan yang segera perlu diambil untuk menghentikan atau menghalang mana-mana individu atau kumpulan lain mengeluarkan kata-kata nista yang sama sebegini.

Hj Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat