Kesepaduan NGO-NGO Islam membuat laporan polis terhadap Xavier membuahkan hasil

Alhamdulillah, inilah bukti bahawa usaha menggerakkan NGO-NGO untuk membuat laporan polis bukan perkara yang sia-sia, sebagaimana sebahagian pihak menyindir kita.

Kita difahamkan sebanyak 33 laporan polis telah dibuat terhadap ahli parlimen Kuala Langat iaitu YB Xavier Jayakumar berhubung kenyataan biadap beliau yang kita lihat jelas menghina titah Yang Dipertuan Agong (YDPA) dan jumlah ini disahkan sendiri oleh pihak Bukit Aman.

Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, pihaknya sudah mula membuka kertas siasatan terhadap isu ini.

Selain membuktikan bahawa membuat laporan polis bukan sia-sia, antara hikmah lain yang kita boleh pelajari ialah nilai sebuah kesatuan dan solidariti. Jika hanya satu atau dua pihak yang bersuara dalam isu ini, mungkin perkara ini hanya dianggap remeh sahaja dan akhirnya menggalakkan lagi penghinaan-penghinaan sebegini berlaku pada masa akan datang kerana hilangnya rasa takut.

Walaubagaimanapun, kita belum boleh betul-betul berpuas hati pada takat ini sahaja. Desakan yang padu mestilah dibuat secara konsisten sehingga tindakan benar-benar diambil terhadap Xavier Jayakumar ini.

Saya berharap agar kita semua memantau rapat segala perkembangan lanjut dalam isu ini. Kita tidak mahu perjuangan kita ini tergendala di tengah jalan sahaja. Ingat, kitalah yang menjadi benteng kepada kedaulatan institusi Raja-Raja.

Hj. Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat