Kuasa Politik : Menang sorak, kampung tergadai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Sokongan pengundi khususnya orang Melayu terhadap Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng di Tanjung Piai tidak lain hanya mensia-siakan bangsa dan agama Islam.

Tidak sampai sebulan di Parlimen, Wee Jeck Seng terus membangkitkan isu UEC dan mendesak kerajaan mengiktraf peperiksaan UEC yang dikendalikan Dong Zong. Perjuangan sama yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berkuasa kini.

Tindakan Wee Jeck Seng ini sungguh mengecewakan kerana rakyat seharusnya sedar bahawa pengiktirafan UEC tidak lain merupakan satu pengkhianatan kepada negara. Sijil UEC tidak langsung mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan, seperti mana yang diguna pakai oleh pelajar sistem aliran SPM dan STPM.

Masyarakat harus sedar bahawa, pengiktirafan UEC ini hanya menyumbang kepada pemisahan idealogi, cara hidup dan pergaulan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pendek kata, mereka yang mengambil UEC tiada berjiwa kebangsaan Malaysia.

Jelaslah, Wee Jeck Seng tidak peka dan tidak ikhlas dalam hala tuju Muafakat Nasional yang disepakati antara blok parti Barisan Nasional dan PAS. Piagam itu seolah-olah propaganda semata untuk meraih undi Melayu. Laungan-laungan semasa PRK lepas, seperti siapa yang berada di belakang Wee Jeck Seng, kini umpama tin kosong, kerana tidak seorang pun pemimpin Melayu Islam yang berani menyuarakan bantahan terhadap apa yang MCA dan DAP sepakat perjuangkan.

Tidak cukup dengan itu, pemimpin-pemimpin Cina terus menekan isu-isu yang melibatkan pendidikan nasional yang bertentangan dengan agenda perjuangan Dong Zong. Baru-baru ini sayap Pemuda MCA pula di bawah ketuanya, Nicole Wong mengeluarkan bantahan tentang kemasukan pembelajaran tulisan Jawi dalam silibus Bahasa Melayu di sekolah. Ini dengan jelas memperlihatkan bahawa perjuangan MCA dan DAP adalah sama iaitu mendokong agenda yang di bawa Dong Zong.

MCA yang bernaung di bawah parti Barisan Nasional, sebuah perikatan politik yang meraikan kepelbagaian kaum, etnik dan agama, seharusnya bertindak sebagai ejen kepada masyarakat berbangsa Cina untuk merapatkan jurang idealogi dan memperkenalkan cara hidup yang lebih demokratik. Mereka perlu bersikap lebih terbuka dalam menerima kepelbagaian budaya di negara ini yang menjadi tunjang perpaduan rakyat Malaysia.

Tiada isu tulisan jawi akan mematikan tulisan bangsa Cina atau Tamil, atau menghilangkan budaya nenek moyang mereka.

Oleh itu, saya menyeru kepada orang Melayu untuk sedar tentang hal ini. Cukup-cukuplah kita mengangkat pemimpin dari MCA atau DAP. Tolaklah pemikiran yang taksub kepada blok kepartian. Orang Melayu Islam sepatutnya sepakat dalam mengangkat pemimpin Muslim yang berwibawa dan ikhlas dalam memperjuangkan hak bangsa dan agama.

Tn. Hj. Majid Jantan
YDP ISMA Bangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tentang Isma

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan pembangunan masyarakat melalui dakwah, pendidikan dan khidmat masyarakat.

Alamat

8-03-03A, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi

03-8912 3838
03-8912 3939 (Fax)

salam@isma.org.my

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat