Langgar PKP, tak faham bahasa kebangsaan? Sangat membimbangkan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Ini merupakan satu berita yang menyedihkan kita kerana bukan sahaja mereka telah melanggar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) tetapi tidak memahami bahasa kebangsaan walaupun sudah berumur belasan tahun, malah ada yang berumur hampir 20 tahun.

Maka, timbul persoalan apakah mereka ini merupakan natijah dari sistem sekolah vernakular?

Kita tidak pasti adakah mereka sengaja tidak mahu faham atau memang tidak faham bahasa kebangsaan. Kalaulah betul-betul tidak faham, maka ini adalah hakikat yang sangat membimbangkan kita semua. Apakah negara akan terus berpecah kerana masalah komunikasi, walaupun kita ada satu bahasa yang menyatukan kita iaitu bahasa kebangsaan?

Pengalaman saya pun memang menunjukkan bahawa bukan sedikit, tetapi ramai warganegara Malaysia dari kalangan masyarakat cina tidak fasih berbahasa kebangsaan. Memang ini menyebabkan masalah komunikasi dan menjadi antara sebab hubungan antara kaum menjadi renggang.

Ini juga menunjukkan kepada kita akan sikap ibu bapa mereka yang tidak mendidik anak-anak mereka dengan bahasa kebangsaan. Jika bahasa kebangsaan pun tidak terdidik, apatah lagi semangat patriotik.

Saya sangat berharap masalah menguasai bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat kita ini dapat diselesaikan ke arah negara dan masyarakat yang patriotik, bersatu padu dan harmoni. InsyaAllah.

Hj. Aminuddin Bin Hj. Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/669034/3-remaja-dihadap-ke-mahkamah-gagal-patuhi-arahan-pkp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat