Lelaki ini kesal dengan sikap sesetangah muslim yang mahukan hidup bebas tanpa agama

BANGI, 22 Jan- Seorang lelaki Melayu Muslim yang kini tinggal di Amerika meluahkan kekesalannya dengan keadaan sesetengah masyarakat muslim Malaysia yang tidak mahu hidup beragama walaupun tidak ada sebarang ancaman untuk berbuat demikian sedangkan di Amerika Syarikat masyarakat muslim sangat sukar membesarkan anak-anak dengan cara muslim.

“Amat kesal dengan perkembangan semasa. Duduk di negara yang mempunyai sistem untuk mentadbir urusan agama dengan baik, tetapi diri sendiri pula tidak mahu hidup beragama,” luah Yusri Jamaluddin di laman sosial Facebook peribadinya.

Ujarnya di Amerika Syarikat, peratusan orang yang murtad sama seperti peratusan orang yang memeluk Islam.

“Anak-anak muslim membesar bergaul dengan berlainan agama, akhirnya ramai yang terpedaya dengan gaya hidup bebas sehingga mahu meniru rakan-rakan mereka.

“Ada yang berlakon islamik di depan ibu bapa, di belakang mereka sertai prom, berzina dan sebagainya,” katanya yang kini sedang bekerja sambil belajar . 

Kata bapa kepada dua orang cahaya mata ini menjadi satu cabaran yang besar bagi ibu bapa muslim di sana untuk membesarkan anak supaya mengikut acuan ikut agama Islam.

“Bila saya ceritakan tentang Malaysia kepada rakan-rakan Muslim di US, ada yang menyatakan hasrat untuk berpindah ke Malaysia demi menyelamatkan aqidah anak-anak mereka.

“Namun di Malaysia, wujud pula segolongan yang tak bersyukur dapat hidup di dalam ekosistem yang kondusif untuk melahirkan mukmin abid,” ujarnya yang juga merupakan aktivis Ikatan Muslimin Malaysia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat