Malaysiakini ‘kitar semula’ berita lama, terima kasih ingatkan sekolah vernakular sedang dicabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

BANGI, 23 Mac 2020 – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini mempersoal tindakan portal media Malaysiakini yang ‘kitar semula’ berita di mana pihak ISMA mencabar kedudukan sekolah vernakular di mahkamah pada 7 Januari 2020 yang lalu.

“Adakah mereka mahu memberi imej yang tidak baik kepada ISMA, seolah-olah kami sedang turun naik mahkamah tatkala negara berdepan dengan krisis?” soalnya dalam sebuah kenyataan dalam laman Facebook rasmi beliau.

Beliau juga ‘berterima kasih’ kepada Malaysiakini kerana secara tidak langsung mengingatkan rakyat bahawa sekolah vernakular sedang dicabar di mahkamah, di mana ini antara solusi ISMA untuk mengecapi perpaduan dan keharmonian negara.

“Ya, inilah usaha kami ke arah perpaduan dan keharmonian negara, iaitu sistem sekolah satu aliran. Apa-apa pun, terima kasih jugalah kerana mengingatkan rakyat yang sekolah vernakular sedang dicabar di mahkamah,” kata beliau.

ISMA telah memfailkan saman pada 7 Januari yang lalu melalui Tetuan Raja Riza & Associates terhadap Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia berhubung isu keesahan penubuhan sekolah jenis kebangsaan di sisi Perlembagaan.

Untuk rekod, ini adalah saman ketiga yang difailkan oleh pelbagai pihak bagi mengharamkan sekolah Cina dan Tamil kerana bertentangan dengan Perlembagaan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat