PENDUDUK LEMBAH PANTAI TERUJA DATANG KLINIK AL-FATIHAH

Oleh: Sazna Ramli

LEMBAH PANTAI, 9 Feb – Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Kuala Lumpur telah mengadakan Klinik al-Fatihah di Perkarangan Perpustakaan Lembah Pantai, PPR Kg Kerinchi bersempena dengan program Bersama  KAWAN bertemakan bersama rakyat yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai,

Klinik berkonsepkan ‘singgah dan baca’ ini telah berjaya menarik hampir 50 orang pengunjung untuk menyemak bacaan mereka dan mengaplikasikannya dalam solat harian. Rata-rata mereka yang hadir terdiri daripada kanak-kanak dan juga golongan warga emas yang mengambil peluang bertanyakan hukum tajwid dan menyemak sebutan yang betul kepada ustaz dan ustazah yang hadir.

Firdaus Adzme selaku Ketua Biro Dakwah berkata, “Dalam program hari ini kesedaran masyarakat bagi memperbaiki bacaan al Fatihah dilihat sangat baik. Masyarakat kita perlu sentiasa didekatkan dengan al-Quran, contoh bacaan al Fatihah, hampir semua orang Islam boleh membacanya, namun adakah bacaan yang kita baca sehari-hari itu betul sebutannya? Perkara ini dilihat penting kerana surah al fatihah merupakan salah satu daripada rukun solat Fardu.

Tambahnya lagi, jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana memberikan peluang kepada kami untuk memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan memperbaiki bacaan al Fatihah. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Program yang bermula seawal sembilan pagi itu berakhir pada pukul dua petang dengan sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat