‘Apakah MCA suka apabila ramai tak boleh berbahasa kebangsaan dengan baik?’

Nampaknya MCA juga ‘terjerat’ dalam perangkap Malaysiakini, cuma terlewat sedikit dan lain sikit gayanya.

Saya sebenarnya malas mahu memberi respon kepada kenyataan MCA ini kerana isu ini adalah isu lama, bukannya berlaku semasa krisis COVID-19 ini. Tidak sangka pula MCA juga turut terpedaya dengan mainan murahan media yang mengitar semula berita ini walaupun kami sudah memberi penjelasan berulang-ulang kali sebelum ini.

ISMA telah memfailkan kes bagi mencabar kedudukan sekolah vernakular di mahkamah ini beberapa bulan yang lalu. MCA seharusnya membuat kajian, atau sekurang-kurangnya membaca laporan berita yang penuh sebelum memberikan respon sebegini.

Jadi, kenyataan yang menuduh ISMA sengaja memanaskan isu vernakular semasa kita sedang berhadapan dengan krisis wabak COVID-19 ini adalah sangat tidak benar. Mungkin beliau tersasul kerana pening duduk di rumah dan terlalu tiada kerja untuk dibuat.

Oleh kerana perkara ini sudah dibawa ke mahkamah oleh beberapa NGO, maka saya tidak berhajat hendak memanjangkan bicara. Biar mahkamah yang memutuskannya.

Cuma saya ingin bertanya kepadanya beberapa perkara;

1. Adakah beliau mahu perpecahan kaum terus berlaku?

2. Apakah beliau suka apabila ramai kaum Cina tidak boleh berbahasa kebangsaan dengan baik?

3. Apakah beliau tidak benar-benar percaya dengan sistem pendidikan nasional?

4. Apakah beliau tidak merasa pelik apabila Malaysia adalah satu-satunya negara dalam dunia yang mempunyai pelbagai aliran sistem pendidikan?

5. Apakah beliau suka sentimen perkauman terus wujud dalam kalangan rakyat Malaysia disebabkan pengasingan sekolah?

6. Adakah beliau telah baca habis perlembagaan sebelum mengatakan ia ‘constitutional right’ untuk ada sekolah vernakular?

7. Adakah beliau sedar bahawa berlaku penganiayaan kepada pelajar-pelajar cina yang bersekolah di sekolah kebangsaan di mana kuota mereka ke IPT diambil oleh pelajar-pelajar sekolah vernakular? Adakah beliau mahu menganiaya bangsanya sendiri?

8. Tidakkah beliau tahu bahawa kerajaan telah menghapuskan sekolah aliran Melayu (dan orang Melayu tidak marah pun) untuk menubuhkan sekolah kebangsaan semata-mata untuk mencapai perpaduan?

Nasihat saya kepada beliau, please be a leader for ALL MALAYSIANS. Mirror yourself first before labelling others as racist. Please work for unity, not disunity. And please be more matured.

Kes ini penting kerana ia akan menamatkan ‘once and for all’ segala perdebatan sama ada kewujudan sekolah vernakular adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan atau tidak.

Kami berharap agar lebih banyak pihak yang dapat menyokong usaha kami ini demi mencapai impian perlaksanaan sistem sekolah satu aliran yang bakal menyatupadukan kita semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini, InsyaAllah.

Hj Aminuddin Bin Hj Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Rujukan:

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat