Mengapa individu lantang tentang agenda Islam diangkat menjadi Timbalan Menteri Perpaduan?

PERLANTIKAN Ti Lian Ker sebagai Timbalan Menteri Perpaduan merisaukan umat Islam memandangkan beliau lantang menentang hukum dan dasar yang berkaitan dengan Islam.

Saya masih ingat lagi, nama Ti Lian Ker inilah ‘frontline’ utama bagi MCA untuk menentang, mengkritik dan menghentam dasar-dasar perundangan Islam yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional di peringkat kerajaan pusat dan malah kerajaan Kelantan pimpinan PAS.

Ti Lian Ker: RUU 355 is a PAS trap set for Umno

Ti Lian Ker: MCA telah mencapai kejayaan halang UMNO membawa RUU355

Ti Lian Ker: MCA sentiasa bantah hudud

Ti Lian Ker: MCA tubuh jawatankuasa kaji keabsahan hudud di sisi undang-undang

Ti Lian Ker: Kerjasama UMNO-PAS ‘okey’ tanpa hudud

Ti Lian Ker: “PAS is bullying other people, especially Muslims who do not support them (hudud)”

Ti Lian Ker: Amanah dan PAS politikkan Islam

Ti Lian Ker: Malaysia Negara Islam? Hanya gimik menangi undi.

Ti Lian Ker: Govt must note concerns over Dr Zakir’s presence here

… dan banyak lagi.

Saya dan rakan-rakan NGO Islam yang berpenat lelah memperjuangkan agar agenda-agenda Islam didaulatkan selama ini sudah pasti berasa kesal dan hampa dengan keputusan kerajaan melantik orang ini menjadi Timbalan Menteri PERPADUAN.

Persoalan saya, tiada orang lain sangatkah untuk menyandang jawatan ini? Jika mahu sangat lantik orang bukan Islam sekali pun, pilihlah yang punyai rekod bersih dan mencerminkan perpaduan.

Kegagalan kerajaan yang lalu untuk mencapai perpaduan negara seharusnya menjadi pengajaran untuk kerajaan sekarang. Ini disebabkan kerajaan PH telah melantik seorang Menteri yang menentang Islam. Maka perkara yang sama juga akan berlaku jika kerajaan baru ini mengulangi kesilapan yang sama.

Langkah sumbang kerajaan kali ini membuktikan bahawa perkiraan politik diutamakan lebih dari perpaduan rakyat. Ini harus tidak berlaku jika kerajaan ini benar-benar serius untuk agenda perpaduan di kalangan rakyat.

Lantikan ini adalah satu penghinaan kepada perpaduan negara, dan yang paling pasti akan merencatkan usaha-usaha untuk mendaulatkan Islam di Malaysia ini.

Wallahu’alam.

Hj. Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat