Minta kerajaan tunda bayaran pinjaman dan bil kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

BANGI, 17 Mac- Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan kepada semua rakyat Malaysia yang memberi kesan kepada penutupan pejabat-pejabat kerajaan, swasta, taska dan premis-premis perniagaan yang tidak melibatkan perkhidmatan penting negara.

Menurut Ketua Pemuda Isma, Arifin Manan, perkara ini memberi impak langsung kepada rakyat dan berharap kerajaan dapat menunda sebarang pembayaran pinjaman, bil dan seangkatan dengannya.

Ujarnya, jika kerajaan ada keperluan untuk meminjam bagi membolehkan menyuntik bilion ringgit kepada pelbagai pihak, maka ianya sesuai mengikut keadaan sekarang.

Selain itu juga, beliau yang juga ahli perniagaan mencadangkan agar Malaysia mendapatkan bantuan antarabangsa bagi mengelakkan Malaysia menjadi epicentre kepada virus ini di ASEAN.

”Bagi rakyat Malaysia, tidak perlu membuat panic buying kerana stok simpanan bekalan makanan Malaysia mencukupi.

”Selain itu, rakyat Malaysia sudah sepatutnya mengamalkan penjarakkan sosial dan tidak menyertai sebarang perhimpunan awam,” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, kerajaan harus kenakan tindakan yang tegas kepada mana-mana penganjur yang masih mengadakan perhimpunan besar-besaran.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat