PEMBELA DAN PERTAHAN AKAN ADAKAN PRAPERHIMPUNAN SERAH MEMORANDUM KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan Gabungan Persatuan-Persatuan Silat Pertahan Perlembagaan (PERTAHAN) tetap akan meneruskan praperhimpunan serah memorendum kepada Yang Dipertuan Agong pada 8 Februari ini berikutan larangan daripada pihak polis untuk mengadakan majlis serahan itu pada 1 Februari yang lepas.

Menurut Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya, pada mulanya, majlis serahan memorendum itu diadakan pada cuti Hari Wilayah tetapi, pihak polis meminta untuk meminda kepada 8 Februari dan disebabkan ada campurtangan daripada pihak tertentu, ianya dipinda ke 15 Februari.

“Namun, di atas dasar semangat yang ada pada rakan-rakan dan rakyat yang taat dan setia kepada Raja-Raja, akur dengan nasihat ini. Untuk tidak mengecewakan semangat yang ada ini insyaAllah pada 8 Februari ini, kita akan mengadakan sedikit acara di tempat yang dipersetujui sebagai mukadimmah kepada 15 Februari ini.

“Saya harap pihak polis mengotakan janji mereka untuk membenarkan kami menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong kerana sejarah membuktikan bahawa kita tidak pernah melanggar undang-undang dan tidak pernah membuat kekecohan,” katanya ketika sidang media semalam.

Tambahnya lagi, acara praperhimpunan ini akan diadakan di Masjid Wilayah dan di isi dengan pelbagai majlis kerohanian seperti qiamulail.

Majlis penyerahan memorandum ke bawah DYMM Yang Di-Pertuan Agong dilakukan rentetan peristiwa penghinaan demi penghinaan terhadap Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu yang kini semakin melampau dan tidak terbendung oleh pihak berwajib.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat