Pertahankan keamanan dan kestabilan negara dari ancaman – Ustaz Abdullah Zaik

BANGI, 12 Mac – “Pembentukan kabinet baharu Tan Sri Muhyiddin Yassin kabinet ni boleh saya anggap sebagai kabinet caretaker sementara pru15,” kata Amir Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman ketika dihubungi.

Ujarnya, kabinet baharu ini bersifat agak rencam dan belum boleh diberi harapan untuk bina negara dan masa depan yang cemerlang kerana belum ada visi yang disepakati.

”Apa yang boleh diharapkan dari kabinet sekarang ialah mempertahankan keamanan dan kestabilan negara dari ancaman dalam dan luar negara.

”Perbaiki prestasi ekonomi dengan memberi keyakinan kepada pelabur dan atasi masalah ekonomi rakyat,”katanya lagi.

Ustaz Abdullah Zaik juga menggesa kerajaan untuk melihat semula sistem keadilan dan perundangan yang telah gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat