Pesta 10 malam terakhir

Oleh: Bilal Jailani

1. Seharusnya, semua Muslim menyambut 10 malam terakhir dengan penuh kemeriahan. Kene pakai baju baru, pakai wangian, nyalakan lampu lip-lap dan gantung banner.

2. Otak ni biar tinggal dua benda je; ibadah fardi dan ibadah jamaie. Sebarang perkara berkaitan dunia perlu ditangguhkan hingga 1 Syawal, contohnya hubungan badan dengan pasangan, buat kuih raya, dan ‘shopee’ing, walaupun ia Halal. Kalau boleh ambil cuti kerja, ambil. Barulah tak otak dan badan dapat fokus.

3. Daripada kejar khatam Quran, lebih baik kejar tadabbur yang membuahkan faham dan amal. Allah tak tengok siapa yang BANYAK amal, tapi Allah tengok siapa yang paling BAIK amalnya. Kalau dapat dua-dua, itu memang terbaek.

4. Kesabaran kita ‘berjuang’ di 10 hari terakhir ini akan meningkatkan lagi feel menyambut 1 Syawal. Kumpulan nasyid The Zikr kata, itulah takbir kemenangan yang sebenar, hadiah mujahadah sebulan Ramadan.

5. Semoga Siyam dan Qiyam ini meraih pengampunan dari Allah, dan mengubah anda menjadi Ertugrul!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat