Program Huffaz Cilik Tanam Minat Anak-anak Mencintai Al-Quran Sejak Kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Oleh Kaslawati Binti Kassim

SEREMBAN, 12 Dis – Program Hufaz Cilik syukbah Rembau sesi pertama telah melabuhkan tirainya untuk sesi cuti sekolah akhir tahun 2019.

Program Hufaz Cilik bagi syukbah Rembau pada tahun ini telah diadakan di Masjid Kariah Penajes Rembau pada 29 November hingga 1 Disember 2019 dan di Masjid Kariah Kg Seberang Paya pada 6-8 Disember 2019.

Program pada kali ini merupakan anjuran bersama Kelab Anak Hebat (Nazim) Rembau , Isma Seremban, Masjid Kariah Penajes, Masjid Kariah Kg Seberang Paya, Geng Ngaji Kg Seberang Paya serta Geng Ngaji Penajes.

Seramai 145 orang kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun telah berjaya menyertai program kali ini.

Antara objektif program ini adalah untuk menanamkan minat anak-anak untuk menghafaz dan mencintai Al-Quran di usia muda, juga untuk memantapkan jati diri anak-anak untuk berakhlak mulia dan berketrampilan.

Turut dilaksanakan ialah slot keibubapaan yang telah disampaikan oleh Ustazah Nik Norsaha Binti Nik Mohammad yang bertajuk “Keluarga Al-Quran”, khas untuk para ibu bapa peserta Huffaz Cilik syukbah Rembau.

Program Huffaz Cilik di Syukbah Rembau akan diteruskan lagi di Masjid Kariah Masjid Tanah, Chembong pada 16-19 Disember akan datang.

“Besarlah harapan kami untuk melihat lebih ramai anak-anak yang akan mendapat sentuhan dari program ini, moga anak-anak ini terus mencintai al-quran yang merupakan sumber kekuatan umat ini,”, ujar YDP Isma Seremban, Haji Norhelmi Jamil, yang menyokong penuh pelaksanaan program tahunan ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tentang Isma

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan pembangunan masyarakat melalui dakwah, pendidikan dan khidmat masyarakat.

Alamat

8-03-03A, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi

03-8912 3838
03-8912 3939 (Fax)

salam@isma.org.my

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat