Respon iGuru berhubung isu peletakan jawatan YB Menteri Pendidikan

1. iGuru merakamkan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada YB Menteri Pendidikan atas sumbangan beliau di dalam membawa naratif baharu pendidikan susulan pengumuman perletakan jawatan beliau dalam menerajui KPM. Meskipun dalam tempoh yang singkat beliau memegang jawatan namun usaha beliau untuk melakukan reformasi pendidikan perlu kita hargai terutama dalam membawa naratif baharu pendidikan sebagaimana ucapan beliau tadi ” Pendidikan Untuk Semua”. iGuru akur dengan keputusan beliau dan menghormati tindakannya demi kepentingan yang lebih besar untuk negara.

2. Namun hakikat yang perlu kita terima kementerian yang diterajui beliau sering menjadi kontroversi media terutama isu- isu yang tertangguh melibatkan isu sekolah vernakular, isu UEC dan menjaga kepentingan pendidikan kaum bumiputera khususnya sekolah kebangsaan. Polemik bantuan bajet kepada sjkc/sjkt dan smpc juga menjadi isu kontroversi sepanjang pentadbiran beliau.

3. iGuru menjangkakan tugas Kementerian Pendidikan untuk jangka masa terdekat akan dikawal selia oleh YAB Perdana Menteri bagi mengurangkan tekanan dari pihak yang cuba menimbulkan kebimbangan dan mengganggu gugat sistem pendidikan.

3. iGuru merasakan sewajarnya YB Menteri diberi peluang sehingga berakhir tempoh perkhidmatan sebagai ahli parlimen bagi membuktikan komitmen beliau di dalam memajukan pendidikan. Beliau telah bertungkus lumus dengan pelbagai inisiatif terutama membantu kelompok B40, menaiktaraf sekolah dhaif dan memperkasa pendidikan Tvet dan OKU.

4. iGuru berharap YAB Perdana Menteri dapat mempertimbangkan calon yang sesuai bagi meneruskan agenda tranformasi beliau dan memenuhi hasrat aspirasi pendidikan negara.

5. iGuru berpandangan bahawa peletakan jawatan menteri ini tidak akan menjejaskan dasar- dasar pendidikan yang sedia ada tetapi ia ke arah mengukuhkan sistem pendidikan negara supaya mampu berdepan dengan cabaran semasa serta dapat mengurangkan tentangan dari pihak yang menimbulkan tindakan- tindakan yang menggugat dasar dan polisi KPM.

6. iGuru mendoakan yang terbaik untuk warga KPM. iGuru berharap semua warga guru terus komited dan bersungguh- sungguh menjayakan aspirasi pendidikan negara tanpa mengira latar belakang kaum serta nasib rakyat berubah melalui pendidikan yang terbaik dan berkualiti.

Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru
3 Januari 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat