RM1 juta bina kawasan merokok, KPKT tak sokong kempen?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

BANGI, 9 Jan – Rancangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membina kawasan merokok di tempat awam, disifatkan sebagai langkah ke belakang dalam merealisasikan kempen bebas asap rokok.

Unit Kesihatan Awam Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Dr Mohd Ihsanuddin Abas berkata, KPKT di bawah menterinya, Zuraida Kamaruddin sepatutnya menyokong dan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjayakan kempen dengan membantu menguatkuasakan larangan merokok di kawasan awam.

Beliau berkata, KPKT dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga sepatutnya menerapkan konsep ‘bandar bebas asap rokok’ seperti yang dicadangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mewujudkan bandar sihat demi kebaikan penduduk.

“Bandar-bandar besar seperti New York, Beijing, Mexico City dan Sao Paolo adalah antara bandar yang berjaya melaksanakan konsep ini.

“Beberapa bandar di negara maju boleh bekerjasama dengan kementerian kesihatan mereka untuk mewartakan seluruh bandar sebagai kawasan larangan merokok, maka mengapa KPKT seolah-olah tidak menyokong kempen ini dengan menyediakan kawasan untuk perokok yang bertentangan dengan prinsip pencegahan dan pendidikan oleh KKM,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Semalam, Zuraida dilaporkan berkata, KPKT akan memperuntukkan RM1 juta bagi pembinaan kawasan merokok di tempat awam termasuk kawasan komersial dan medan selera milik 155 PBT di seluruh negara.

“Bagi pemilik restoran atau kedai makan (persendirian), kita mempunyai garis panduan yang akan dikeluarkan KPKT berhubung perkara terbabit di mana mereka perlu memohon kebenaran dari PBT untuk membina kawasan khas merokok dalam skala kecil termasuk premis yang berada dalam lot kedai.

“Namun bagi kawasan awam pula, PBT diminta membuat permohonan peruntukan kepada KPKT untuk menyediakan kawasan khas merokok dengan KPKT memperuntukkan setiap sebuah pembinaan kawasan merokok itu kira-kira RM5,000, ” kata Zuraida.

Membantah rancangan itu, Dr Mohd Ihsanuddin berkata, KPKT, PBT dan agensi kerajaan lain perlu bekerjasama supaya kempen KKM menguatkuasakan larangan berkenaan berjaya.

“PBT berkuasa menarik lesen kedai-kedai makan yang tidak bekerjasama dengan KKM dan membenarkan perokok merokok di premis mereka.

“PBT di bawah kuasa KPKT juga sepatutnya menyediakan banyak lagi poster-poster pendidikan mengenai bahaya merokok dan terdedah kepada asap rokok basi (secondhand smoke),” katanya.-Ismaweb

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tentang Isma

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan pembangunan masyarakat melalui dakwah, pendidikan dan khidmat masyarakat.

Alamat

8-03-03A, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi

03-8912 3838
03-8912 3939 (Fax)

salam@isma.org.my

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat