Serahan memorandum bantahan terhadap Dong Zhong kerana menolak pengajaran tulisan jawi murid tahun 4 oleh iGuru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Hari ini Presiden iGuru Ustaz Mohd Azizee Hasan bersama JK Tertinggi iGuru menyerahkan Memorandum Bantahan Terhadap Dong Zhong kerana menolak pengajaran tulisan jawi murid tahun 4 di SJKC dan SJKT di Bangunan Pejabat Dong Zong.

Presiden iGuru Ustaz Mohd Azizee Hasan telah menyerahkan memorandum tersebut kepada En. Ng Chai Heng Setiausaha Kehormat Dong Zong. Turut Hadir Eksekutif Projek Silang Kaum dan Etnik Dong Zong En Yap Heng Lung. Manakala di pihak iGuru adalah Timbalan Presiden Ust Agus Lokman b Sulam dan Dr Sharifah Nurhanum bt Syed Sahuri.

Memorandum bantahan itu mendesak pihak Dong Zong menghormati prinsip perlembagaan yang melindungi kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan pada perkara 152.

iGuru juga menggesa pihak Dong Zong akur dengan keputusan pihak KPM dan segera mencari jalan perundingan demi mengelakkan kontroversi dan perbalahan yang mengundang ketidak harmonian kaum.

iGuru turut menjelaskan bahawa pembelajaran tulisan khat bukan usaha islamisasi yang menjadi ketakutan pihak ibubapa dan murid- murid tetapi ia adalah demi memelihara warisan seni budaya bangsa.

Memorandum juga menekankan bahawa pembelajaran tulisan jawi dijamin melalui Akta Bahasa Kebangsaan dan percubaan menolak bererti mencabar perundangan.

iGuru akan terus melakukan engagement dan mempertahankan kedudukan hak Bahasa Melayu dan menolak bantahan pihak Dong Zong yang memperjuangkan konsep multi languange sehingga mengenepikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pembelajaran untuk membina semangat perpaduan semua kaum.

Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru
7 Januari 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tentang Isma

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan pembangunan masyarakat melalui dakwah, pendidikan dan khidmat masyarakat.

Alamat

8-03-03A, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi

03-8912 3838
03-8912 3939 (Fax)

salam@isma.org.my

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat