Sokong bapa Allahyarham Adib teruskan prosiding komital terhadap Tommy Thomas

Kita menyokong penuh apa yang diusahakan oleh bapa Allahyarham Muhammad Adib untuk mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC), berhubung permohonan prosiding komital yang difailkannya terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang telah campur tangan dalam urusan sekaligus mengganggu urusan mahkamah. Ini sememangnya sesuatu yang sangat tidak wajar dan tidak boleh diterima lebih-lebih lagi apabila pelakunya adalah Peguam Negara.

Isu ini merupakan soal prinsip dan etika sebagai seorang professional dan seorang Peguam Negara. Adalah tidak wajar untuk Tommy Thomas yang sepatutnya faham tentang tatacara perbicaraan untuk mengganggu gugat urusan dan keputusan mahkamah menggunakan kuasa dan kapasitinya sebagai Peguam Negara.

Malah, kita difahamkan bahawa beliau seolah-olah membuat keputusan ‘premeditated’, apabila beliau sesuka hati mengumumkan bahawa tidak adanya kes bunuh sebelum ada sebarang keputusan dibuat di mahkamah. Yang lebih malang lagi ialah, beliau telah melepaskan suspek-suspek pembunuhan yang telah ditangkap oleh pihak polis tanpa sebab yang kukuh yang akhirnya mereka hilang entah ke mana.

Jadi, saya merasakan bahawa prosiding yang dibuat ini adalah sangat kritikal bagi membersihkan imej dan integriti pejabat peguam negara dan yang paling penting ialah imej yang baik kepada sistem kehakiman dalam negara kita.

Kita tidak boleh biarkan perkara seperti ini berulang lagi terutamanya dalam kes-kes berprofil tinggi yang boleh mencetuskan isu perkauman dan agama sebagaimana dalam kes Allahyarham Muhammad Adib ini. Jadi, saya berharap agar Peguam Negara yang baharu ini dapat meneruskan prosiding komital terhadap Tommy Thomas sebagai satu pengajaran kepada semua terutamanya sesiapa jua yang menjawat jawatan Peguam Negara itu sendiri.

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama sempena Hari Bomba Sedunia tahun ini untuk memberikan sokong kepada tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh bapa Allahyarham Muhammad Adib untuk meminta Peguan Negara meneruskan prosiding komital terhadap salahlaku yang dibuat oleh Tommy Thomas ini.

Moga keadilan tertegak buatmu, wahai Adib.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Rujukan:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1838604

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat