Tabung khas ‘Solidariti Bersama Frontliners’ dilancar

BANGI, 20 MAC 2020 – Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (I-Medik) mengambil inisiatif melancarkan satu kempen khas bagi membantu dan menjaga KESELAMATAN petugas-petugas kesihatan Covid 19 dengan melancarkan tabung atau kempen khas ‘Solidariti Bersama Frontliners’.

Kempen sumbangan orang ramai ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM 850,000 bagi membantu menyediakan keperluan asas yang diperlukan oleh para petugas kesihatan seperti penutup muka, stetoskop, cecair pembasmi kuman, set pengukur tekanan darah, termometer infrared, Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan monitor SPO2 mudah alih.

Diharapkan dengan usaha kecil kita ini mampu membantu dan memudahkan urusan petugas kesihatan dalam memastikan keselamatan diri ketika merawat dan menjalankan amanah besar yang dipertanggungjawabkan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

CIMB 8603221427 (YAYASAN MAGHFIRAH) atau melalui pautan https://www.billplz.com/Kempen_COVID19

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

1. Applikasi whatsapp: http://www.wasap.my/601164001649/KempenCovid

2. Talian pejabat 0387401193

Kami mohon agar rakyat Malaysia terus mendoakan kami untuk terus diberikan kekuatan demi menambah nilai hidup masyarakat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat