Tabung Solidariti Bersama Frontliners cecah RM40 ribu pada hari kedua, teruskan membantu !

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

BANGI, 22 Mac 2020 – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Hj Aminuddin Yahaya mengajak orang ramai untuk terus membantu apa yang termampu bagi melawan wabak COVID-19 yang sedang menular.

“Diharapkan agar rakyat Malaysia dapat terus membantu apa yang termampu bagi melawan wabak ini, kerana ini adalah perjuangan kita semua. InsyaAllah, banyak kebaikannya. Semoga Allah membantu kita,” katanya apabila mengulas mengenai jumlah kutipan tabung kempen Solidariti Bersama Frontliners yang sudah mencecah RM 40,849.00 pada hari kedua sejak dilancarkan.

Menurut beliau, difahamkan sebanyak 50,000 keping medical grade Face Mask dan 1000 liter hand sanitizer sudah dalam perjalanan untuk diagihkan kepada ‘frontliners’ petugas perubatan kita bagi melawan COVID-19 ini.

Kempen Tabung Solidariti Bersama Frontliners ini digerakkan oleh Yayasan Maghfirah dan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) yang menyasarkan jumlah kutipan sebanyak RM 80,000.00 bagi membantu petugas-petugas kesihatan yang bertugas memerangi wabak ini terutamanya untuk menyediakan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan secukupnya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan melalui pautan https://www.billplz.com/Kempen_COVID19 atau melalui pindahan bank ke akaun Yayasan Maghfirah CIMB: 8603221427 dan Maybank: 562263552802 dan resit transaksi anda hendaklah dihantar melalui whatsapp http://www.wasap.my/601164001649/KempenCovid.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat