Tabung Sumbangan COVID-19 untuk Mahasiswa dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

BANGI, 26 Mac 2020 – Persatuan Belia Islam Malaysia (PEMBINA) bersama Yayasan Maghfirah hari ini dilaporkan melancarkan Tabung Sumbangan COVID-19 untuk Mahasiswa. Sumbangan dari tabung tersebut sudah mula diagihkan ke universiti yang pertama iaitu kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sumbangan adalah berbentuk keperluan-keperluan peribadi mahasiswa.

Tabung Sumbangan Covid-19 untuk mahasiswa ini adalah satu inisiatif antara Pembina dan Yayasan Maghfirah untuk membantu mahasiswa disekitar Lembah Klang yang terjejas akibat Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut wakil daripada pihak Persatuan Kasih Mahasiswa Malaysia (KASISWA), Encik Afdzal, sumber makanan dan minuman setakat ini insyaAllah mencukupi. Ini kerana, kebanyakan sumber makanan adalah hasil dari program Food Bank Malaysia yang dilancarkan kerajaan pada akhir tahun 2018 yang lalu. Oleh itu, Ibu Bapa tidak perlu khuatir tentang keadaan anak-anak mereka di UKM dan pihak UKM memberi jaminan keperluan yang cukup akan disalurkan kepada mahasiswa yang terjejas di Universiti.

Pihak PEMBINA mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan memaklumkan bahawa pemberian sumbangan seterusnya akan diagihkan kepada Universiti-universiti Lembah Klang yang lain.

“Terima kasih diucapkan kepada Yayasan Maghfirah terutamanya kepada masyarakat yang menyumbang kepada Tabung Sumbang Covid 19 ini. InsyaAllah, pemberian sumbangan seterusnya akan diagihkan kepada Universiti-universiti Lembah Klang yang lain”, menurut satu kenyataan di dalam laman Facebook PEMBINA.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Yayasan Maghfirah melalui Cimb Bank: 8603 2214 27 atau Maybank: 5622 6355 2802

TABUNG SUMBANGAN COVID-19 UNTUK MAHASISWAAlhamdulillah, sebentar tadi Yayasan Maghfirah dan PEMBINA bersama PEMBINA…

Posted by Persatuan Belia Islam Nasional on Khamis, 26 Mac 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat