Terikat dengan agenda politik, punca meroyan kelompok demokrat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

BANGI, 10 Mac- Selepas jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH), kelihatan ada sekelompok bekas menteri muslim yang ‘meroyan’ di sosial media dengan melemparkan pelbagai kata-kata yang kurang enak.

Perkara ini mendapat perhatian Penolong Setiausaha Majlis Ulama Isma, Ustaz Syamil Esa  yang beranggapan mereka yang meroyan ini adalah kerana terlalu berpaut pada agenda politik kepartian dan bukannya memikirkan kepentingan umat Islam.

“Kita harus insaf dan kembali kepada identiti sebagai seorang Islam, yang terikat dengan ikatan akidah dan persaudaraan sesama muslim,” katanya.

Ujarnya, di saat negara sedang dalam keadaan genting, kelompok ini harus menjadikan ini sebagai pemangkin untuk memajukan umat Islam.

“Apabila umat Islam bersatu padu, memimpin, memacu arus kemajuan dan perubahan, semua orang akan rasai manfaatnya, selaras kefahaman rahmatan lil alamin yang sebenar.

“Tetapi jika kita masih menjadi parti politik sebagai ‘tapak kita berpijak’ maka sampai bila-bila kita tidak akan benar-benar menyelesaikan masalah umat Islam, kerana kita akan sentiasa dipolitikkan.

“Pilihlah umat Islam sebagai ‘tapak’ untuk kita membuat pendirian, nescaya kita akan mula keluar daripada tabiat meroyan,” katanya lagi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat