Tiada bukti Disinfectant Box boleh kurangkan jangkitan Covid-19 – KP KKM

BANGI, 17 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menyarankan penggunaan Disinfectant Box yang dikatakan boleh mengurangkan jangkitan COVID19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah tiada bukti yang menunjukkan peralatan tersebut berkesan dalam mengurangkan jangkitan COVID19.

Hal ini berdasarkan penilian yang telah dilakukan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM mendapati jangka masa 20-30 saat tidak memadai untuk proses nyahkuman yang berkesan.

Tambanya lagi prosesnya juga tidak boleh membunuh kuman dalam badan manusia dan bahan kimia yang digunakan boleh membawa kemudaratan kepada selaput badan (membrane mucosa) seperti bahagian mata dan mulut.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat