Tiga aktiviti utama ibu boleh lakukan dengan anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

BANGI, 19 Mac – Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk tinggal di rumah sahaja sepanjang Tempoh Pergerakan Terhad sehingga 31 Mac.

Selaku wanita, khususnya ibu haruslah memainkan peranan yang penting dalam memastikan aktiviti anak-anak tetap berjalan sepanjang tempoh kawalan ini.

Antara aktiviti yang dikongsi oleh ketua Wanita Isma, ustazah Dr. Suriani Sudi adalah melakukan aktiviti kerohanian bersama anak-anak  seperti membaca dan menghafaz al-Quran.

“Selain itu, lakukan solat secara berjemaah pada tiap waktu, secara tidak langsung, ia merupakan persediaan untuk menghadapi Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

“Perlu juga melatih anak-anak bermunajat kepada Allah agar negara kita dilepaskan dari wabak bahaya ini,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi anak-anak perempuan latih mereka  dengan tugasan di dapur iaitu menyediakan makanan untuk keluarga dan kerja-kerja rumah yang lain seperti melipat dan menggosok pakaian.

Sediakan jadual resepi yang menarik agar mereka merasa seronok untuk melakukannya.

Selain itu juga, libatkan anak-anak lelaki dengan tugasan mengemas halaman rumah dan bertukang seperti membaiki paip atau lampu yang rosak.

Ujar ustazah Suriani lagi, manfaatkan waktu cuti ini dengan membantu anak mengulangkaji pelajaran dan memantau perkembangan pembelajaran mereka, kerana usaha ini pasti dihargai anak-anak.

“Sebagai ibu, kita berperanan besar dalam memanfaatkan masa anak-anak kerana perjuangan wanita bermula daripada rumah,” katanya yang mempunyai enam orang anak.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat