TikTok cemar maruah dan kesucian diri

Tindakan menteri KPT menganjurkan pertandingan TikTok dilihat sebagai satu tindakan salah yang akan merosakkan mahasiswa. Di saat mahasiswa sedang bergelut dengan pembelajaran dalam talian, modul dan pelbagai bentuk tugasan, sedang negara kita diuji dengan virus maut Covid 19, boleh pula KPT hadir dengan idea sebegini.

Sememangnya mahasiswa harus menjadi golongan yang diketengahkan kepada masyarakat, tetapi bukan untuk mempromosi hedonisme. Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menganjurkan Tiktok Contest dengan wajah YB Dato’ Dr Noraini sendiri bersama-sama dengan dua orang  (influencer) menimbulkan tanda tanya mengenai hala tuju KPT.

Permainan video TikTok yang merakam pelbagai gaya tarian mengikut genre muzik jelas menghilangkan akhlak sebagai seorang muslim sejati, ia hanya perbuatan sia-sia dan tidak mendatang sebarang faedah, selain boleh menimbulkan ancaman fitnah bagi sesiapa yang melihatnya.

Berdasarkan kenyaataan Mufti, Tiktiok termasuk kategori hiburan yang dihukumkan makruh.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nur, ayat 30-31, maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

Plaform TikTok yang kini telah menjadi satu trending yg amat di kalangan anak muda, terutamanya wanita. Perbuatan para wanita yang tanpa segan silu mengupload video mereka di media social dengan pelbagai gaya yang tidak menepati syarak akan membuka ruang fitnah yang amat besar. Hakikatnya perbuatan ini merendahkan martabat wanita dengan mempertontonkan diri mereka kepada umum dalam keadaan yang tidak menjaga aurat, saling tidak tumpah seperti zaman jahiliah.

Justeru, Saya menyeru semua mahasiswa supaya menjadi orang yang bermaruah dan menjauhi perbuatan yang sia-sia ini. Jadilah mahasiswa yang mempunyai Iffah, iaitu sentiasa memelihara dirinya dari melakukan perkara yang ditegah Allah, dan menjaga kesucian dirinya dengan menjadikan malu sebagai pakaian. Malu akan mendorong manusia untuk melakukan perkara-perkara terpuji serta meninggalkan apa yang dicela dan mengaibkan.

Apabila masyarakat dikuasai oleh sifat malu yang sejati, maka akan bersihlah masyarakat itu dari pelbagai jenis gejala sosial. Sifat malu inilah yang akan menjadi benteng masyarakat daripada terjebak ke dalam krisis moral, keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial.
Kepada Kementerian Pegajian Tinggi, saya mencadangkan agar menteri menarik semula dan membatalkan pertandingan yang hanya akan merosakkan golongan muda itu. Mahasiswa adalah golongan pemuda yang dikatakan oleh Imam Hassan al-Banna mempunyai empat potensi iaitu keyakinan, keikhlasan, semangat dan bekerja. Potensi-potensi yang ada pada mahasiswa sepatutnya digarap, dibentuk dan dilorongkan kepada sesuatu yang dapat menyumbang kepada negara. Sayang sekali jika potensi mereka disalurkan ke Tiktok dan seterusnya merendahkan nilai intelektualisme mahasiswa.

Buat para mahasiswa di luar sana, jadilah mahasiswa yang mempunyai iffah, tidak menurut hawa nafsu dan mempunyai pendirian yang jelas tentang matlamat hidup. Tanamkanlah azam untuk memelihara aurat, menjaga kehormatan serta menjaga pergaulan seperti yang digariskan oleh al-Quran dan sunnah.

Nazatul Shima Binti Jin Samsudin

Ketua Beliawanis 

PEMBINA Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat