Wanita Isma anjur tadarus al-Quran secara atas talian

BANGI, 21 April – Sempena bulan Ramadan Wanita Isma menganjurkan program Rehal Wanita: Tilawah & Tadarus Al-Quran secara atas talian yang julung-julung kali diadakan memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Wanita Isma, Dr Suriani Sudi, program tadarus pada kali ini membawa objektif untuk mengembalikan budaya tilawah, tadarus dan tadabbur al-Quran dalam kalangan wanita di samping menghidupkan roh Ramadan sebagai bulan al-Quran.

Ujarnya prgram ini dijalankan secara atas talian dan mensasarkan setiap kumpulan untuk menghabiskan bacaan satu juzuk dalam sehari yang dilaksanakan di setiap cawangan Wanita Isma seluruh negara.

Dari segi kaedah pelaksanaan pula ada kumpulan yang menggunakan video maya seperti aplikasi Skype dan Jitsi, malah ada juga kumpulan yang menggunakan aplikasi rakaman suara bagi memperdengarkan bacaan setiap ahli kumpulan.

Ada juga yang menggunakan video call menerusi aplikasi whatts app dan ada yang membahagi-bahagian juzu’ antara ahli kumpulan untuk dibaca.

Ahli kumpulan juga turut berkongsi ibrah atau pengajaran bagi setiap juzuk yang telah dibaca sesama mereka. Perkongsian tersebut dibuat melalui rakaman video ataupun dalam bentuk infografik dan nota maya.

Program tadarus ini akan dijalankan setiap hari dan mensasarkan untuk khatam beramai ramai pada 22 Ramadhan iaitu bersamaan 15 Mei nanti.

Kepada wanita yang berminat untuk turut serta, bolehlah menghubungi Ketua Wanita Isma di kawasan masing-masing.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat