Wanita ISMA Gombak anjur majlis khatam Quran atas talian, sesuai dengan norma baharu

GOMBAK, 17 Mei 2020 – Majlis Khatam Al-Quran Rehal Wanita 2020 anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan daerah Gombak dengan kerjasama ISMA Komuniti Ampang Jaya, ISMA Komuniti Selayang dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Gombak telah berjaya diadakan.

Majlis ini telah diadakan secara maya (atas talian) menggunakan aplikasi komunikasi atas talian Google Meet yang telah mengumpulkan seramai 107 orang peserta dengan penyertaan kaum wanita yang tinggal di sekitar daerah Gombak, Ampang, Wangsa Maju dan Selayang.

Menurut pihak penganjur, program majlis khatam Al-Quran (Rehal Wanita) merupakan program tahunan ISMA Gombak setiap penghujung bulan Ramadan tetapi tahun ini merupakan kali pertamanya program ini dianjurkan secara maya untuk mematuhi dasar penjarakan sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh pihak kerajaan sewaktu krisis penularan wabak COVID-19 ini.

Dalam ucapan penutup majlis oleh Ketua Wanita ISMA Gombak, iaitu Puan Noorhafizah Binti Ismail, beliau menegaskan bahawa objektif Rehal Wanita ialah untuk meninggikan syiar Islam, membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kalangan wanita dan mendidik kaum wanita untuk lebih mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Pada tahun lalu, Rehal Wanita telah diadakan di Surau Madrasah Al-Iman, Taman Sri Gombak yang mengumpulkan lebih 100 orang peserta manakala penganjuran di Surau Jumaat Al-Husna, Setapak telah mengumpulkan hampir 300 orang peserta.

RAKAMAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN REHAL WANITA ISMA GOMBAK 2020

RAKAMAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN REHAL WANITA ISMA GOMBAK 2020Majlis Khatam Al-Quran Rehal Wanita ISMA Gombak 2020 telah diadakan pada 17 Mei 2020 yang lalu secara atas talian. Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk mengkhatamkan Al-Quran bersama-sama kami pada hari ahad yang lalu, anda boleh sama-sama mengikuti video rakaman yang telah disediakan. Semoga kita dapat terus bertadarus dan bertilawah Al-Quran di sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Posted by Wanita ISMA Gombak on Selasa, 19 Mei 2020

 

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat