Wanita Isma Seremban serah bantuan “Face Shield” buatan sendiri

Oleh : Kaslawati Binti Kassim

SEREMBAN, 10 April – Wanita Isma Seremban menyerahkan 200 keping ‘face shield’ kepada ‘frontliners’ di Klinik Kesihatan Senawang tadi.

‘Face shield’ buatan tangan ahli-ahli Wanita Isma Seremban diserahkan tanda solidariti kepada ‘frontliners’ di Klinik Kesihatan Senawang.

Serahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Ketua Wanita Isma Seremban, Ustazah Khasliza Binti Sapuan kepada Dr Harith Fadzillah bin Hamidon, Y/M Klinik Kesihatan Senawang.

Turut bersama dalam majlis serahan ini adalah Encik Mohd Amin Bin Salahuddin, Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Senawang dan Puan Kaslawati Binti Kassim, Ketua Biro Komunikasi Korporat & Multimedia, Isma Seremban.

“Sumbangan yang berjaya diserahkan kepada petugas barisan hadapan hari ini merupakan hasil kerjasama yang erat antara masyarakat dan Isma Seremban.”

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menggalas amanah ini”

“Terima kasih juga buat ahli-ahli Wanita Isma Seremban yang telah berusaha dan mengambil inisiatif menghasilkan sendiri ‘face shield’ yang disumbangkan pada hari ini. Moga ia dapat membantu memudahkan tugasan ‘fronliners’ di Klinik Kesihatan Senawang,” ujar Ustazah Khasliza Sapuan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat