Yakin bantu urusan dakwah lonjak kejayaan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Oleh Habsah Abdul Shaer

 BANGI, 30 Nov –  Tahniah Fatin Maziyyah Ja’far, anak kepada Yang Dipertua Isma Cawangan Port Dickson atas penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia  (FPI UKM) baru-baru ini.

Keputusan Fatin Maziyyah untuk sentiasa fokus dalam kelas dan memasang perakam suara sepanjang kuliah berjalan membuahkan hasil apabila dia yang lebih mesra dengan panggilan Fatin bukan sekadar menerima ijazah sahaja, malahan menjadi salah seorang graduan cemerlang yang menerima Anugerah Buku Universiti mewakili Jabatan Usuluddin dan Falsafah, FPI UKM

“Saya sentiasa fokus dalam kelas dan salin setiap apa yang pensyarah sampaikan. Saya pasang juga perakam suara di telefon supaya apabila ulangkaji, boleh dengar semula andaikata ada nota yang tidak saya fahami,” jelas Fatin mengenang semula kehidupan kampus yang dilaluinya sepanjang bergelar mahasiswa.

Fatin menambah, sebagai bendahari Pembina UKM, masa di kampus sangat terhad dan kadang-kadang mesyuarat sampai jam 12 tengah malam dan hujung minggu penuh dengan program-program.

Masa yang terluang di gunakan sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran. Dia tidak akan keluar ke mana-mana sekiranya tiada keperluan dan tidak akan menggunakan telefon sepanjang dia mentelaah pelajaran.

“Sebagai seorang mahasiswa muslim, cuba istiqamahkan diri untuk mengamalkan solat tahajud dan dhuha, sentiasa membaca al-Quran dan jaga adab dengan pensyarah supaya ilmu yang kita pelajari lebih diberkati.

“Satu lagi perkara yang paling penting adalah restu mak ayah dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah untuk kejayaan kita dan kawan-kawan,” Pesanan Fatin kepada adik-adik junior Pembina terutamanya Pembina UKM.

Fatin yakin bahawa pengorbanan dalam tarbiyah dan dakwah  juga adalah antara resepi kejayaannya dalam akademik kerana yakin Allah sentiasa memudahkan urusan hidupnya sekiranya kita membantu urusan agamaNya.

Sebelum mengakhiri perbualan, anak kedua dari tiga beradik ini tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada mak ayah, para pensyarah dan kawan-kawan yang sama-sama berjuang dalam mengharungi cabaran berdakwah di dalam kampus.

Barisan penggerak Isma Port Dickson merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Fatin Maziyyah atas anugerah ini. Moga Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar sana dan didoakan Fatin akan terus bergerak aktif dalam memberi sumbangan kepada Islam dan Negara.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tentang Isma

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan pembangunan masyarakat melalui dakwah, pendidikan dan khidmat masyarakat.

Alamat

8-03-03A, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi

03-8912 3838
03-8912 3939 (Fax)

salam@isma.org.my

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat