Coretan Pengalaman Hidup

1. Bila seseorang sedar bahawa banyak nikmat dunia tak dapat dia kecapi, dia akan beruntung hanya kalau dia berusaha untuk tidak terlepas nikmat-nikmat di akhirat. Dari itu bila kita terlepas nikmat dunia, jangan sesekali lakukan sesuatu yang akan menjadikan kita terlepas juga nikmat akhirat. Ulamak menasihatkan: ‘Seiapa yang melihat kepada kesudahan, maka dialah yang akan selamat.’

2. Ramai manusia tanpa sedar memohon dari Allah habuan dunia untuknya melebihi doanya untuk mendapat habuan akhirat. Dia minta berjaya, itu untuk dunianya. Dia minta anaknya lulus peperiksaan, itu pun untuk dunianya. Dia minta sihat, itu pun masih untuk dunianya. Lalu apakah habuan akhirat yang dia minta sungguh-sungguh dari Allah sebenarnya?

3. Carilah rezeki kerana itu arahan Allah. Kongsilah dengan manusia tentang usaha mencari rezeki dan galakkanlah rakan-rakan untuk mencari rezeki. Tetapi jangan pamerkan ketakutan kita kepada kefakiran dan jangan sesekali takutkan manusia dengan kefakiran. Yang menakutkan manusia dengan kefakiran ini hanyalah syaitan supaya manusia gelisah. Sedangkan Allah menjamin rezeki bagi manusia supaya manusia tenang sentiasa.

4. Setiap musibah yang Allah berikan kepada manusia, Allah gantikan dengan nikmat lain. Tugas manusia adalah mencari nikmat tersembunyi itu untuk digunakan sebaiknya ketika musibah. Tidak akan berlaku sama sekali saiz musibah melebihi saiz nikmat yang Allah berikan. Dengan itulah manusia yang hampir kepada Allah akan bersyukur dengan musibah, sedangkan manusia biasa hanya akan bersabar.

 

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

Presiden ISMA

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat