Covid-19: Berilah penghormatan selayaknya kepada petugas kesihatan

Dengan situasi terkini wabak Covid-19, satu suasana yang tidak menentu mungkin berlaku dalam beberapa minggu mendatang.

Saya yang tidak mempunyai apa-apa kemahiran dan pengetahuan dalam perubatan, cuma mampu melihat dari jauh rakan-rakan kenalan para doktor dan petugas kesihatan yang bersabung nyawa setiap hari. Ada yang telah dijangkiti, ada yang sedang menunggu keputusan saringan, ada yang sedang dikuarantin … manakala yang masih bertugas sudah kehabisan tenaga dan berada dalam keadaan tidak terurus.

Moga-moga mereka semua tergolong di dalam kelompok yang disebut oleh Rasulullah saw:

ألا أنبئكم بليلة أفضل من ليلة القدر ؟ حارس حرس في أرض خوف ، لعله أن لا يرجع إلى أهله

Maksudnya: “Hendakkah kamu aku tunjukkan satu malam yang lebih afdhal dari malam lailatul qadr? Seorang lelaki yang berkawal di bumi yang menakutkan dan berkemungkinan dia tidak mampu lagi kembali kepada keluarganya.”

Kepada warga Malaysia, berilah penghormatan selayaknya kepada mereka. Jangan menyindir, memerli, mempersenda, memperlekeh atau menghina mereka. Kalau tidak mampu membantu, janganlah rumitkan keadaan.

Jadilah bangsa beradab. Pantang orang Melayu ketawa di majlis pengkebumian.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat