Daripada ajak mahasiswa main TikTok baik hantar mereka pulang

BANGI, 9 April – Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda Isma, Afizhi Atan mencadangkan kepada Menteri Pengajian Tinggi,  Dato’ Dr. Noraini Ahmad untuk menghantar pulang sahaja mahasiswa yang masih terkandas di kolej masing-masing akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daripada mengajak mereka bermain aplikasi TikTok.

Ujarnya, setiap universiti boleh menggunakan bas milik universiti untuk menghantar pulang pelajar ke daerah masing-masing dan mereka juga dilihat sihat kerana telah dikuarantin lebih daripada 14 hari.

“Cadangan saya daripada main tik tok, elok gerakkan bas di parkir itu ke destinasi pelajar. Hantar mereka pulang. Mereka dikuarantin lebih daripada 14 hari. Mereka sihat,” katanya.

Tambahnya lagi dengan keadaan kelas atas talian yang tidak dapat dilakukan kerana tidak mendapat kebenaran menteri dan 30 peratus pelajar kekurangan akses internet, menjadi penyebab kerajaan harus menghantar pulang pelajar-pelajar ini.  

Ujarnya lagi, jika mereka yang melancong ke luar negara boleh kerajaan urus kenapa tidak mahasiswa dalam negara ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan Tinggi mengeluarkan poster pertandingan TikTok untuk pelajar universiti. 

Afizhi Atan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat