Dedahkan Anggota PDRM yang Belot

Kecekapan pasukan PDRM menahan 48 individu Geng Nicky di bawah Sosma wajar dipuji. Usaha mencegah dan membongkar kegiatan jenayah sebegini perlu diteruskan agar negara kita bebas dari cengkaman kumpulan penjenayah yang bertindak di luar batas undang-undang.

Sebelum ini ISMA telah menyeru agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dalang yang mempengaruhi sebahagian daripada pasukan polis sendiri.

Kini sekali lagi, pendedahan yang dibuat oleh KPN (Ketua Polis Negara) itu menunjukkan dalang dari kalangan orang dalam PDRM itu seolah-olah kegiatan melindungi penjenayah ini telah berakar umbi.

Orang ramai sudah pasti inginkan agar pihak polis kekal sebagai sebuah badan bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, apatah lagi penjenayah.

Kebocoran maklumat ini tidak boleh berterusan. Pihak polis harus membersihkan anggota mereka dari cengkaman ini tanpa takut dan gentar.

Barangkali, agar menjadi pengajaran kepada semua pihak, anggota polis yang terbabit perlu didedahkan dan diberikan hukuman yang berat. Semoga negara kita bebas dari sebarang cengkaman penjenayah mahupun kumpulan gangster.

Mohd Noor Azib Asmangi

Naib Presiden ISMA 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat