Hak penzina untuk berzina

Begitulah rasanya maksud yang dikehendaki oleh badan ini. Ianya amat bertentangan dengan semua agama apatah lagi agama Islam. Fahaman liberal sebenarnya adalah fahaman yang menolak agama secara total.
Satu satu ketika mereka berselindung disebalik agama hanya untuk mengurangkan pergeseran dengan semua agama. Sekurang- kurangnya dengan berselindung disebalik satu satu agama , mereka boleh menumpukan permusuhan mereka dengan Islam.

Bahasa mudah fahaman liberal adalah pemujaan terhadap hawa nafsu secara bebas tanpa sebarang sekatan nilai lebih lebih lagi agama. Pelopor dan pendokong fahaman ini mereka sendiri tidak mengamalkan liberal keseluruhannya. Sepatutnya mereka sendiri yang amalkan pemikiran ini untuk diri mereka sendiri dan keluarga. Apa yang berlaku secara tersirat ingin melihat masyarakat yang rosak.

Adalah lebih baik mereka terlibat dahulu dengan aktiviti pelacuran. Kumpul semua kaum kerabat mereka untuk lebarkan aktiviti pelacuran atau perzinaan kemudian jika mereka tidak diberi kebebasan, tindakan boleh diambil terhadap pihak berkuasa yang menyekat hak mereka. Setakat ini apa berlaku, mereka dan keluarga tidak tergolong dalam pelacur yang perlu diberi hak yang sepatutnya.

Mereka boleh berdemontrasi bersama zuriat mereka dengan mengangkat sepanduk, berikan hak kami untuk jadi pelacur. Aktiviti pelacuran adalah hak kebebasan manusia. Kami pelacur berikan hak kami untuk melacur.

Ideologi komunis contohnya pelopor ideologi komunis mereka juga pengamal. Begitu juga ideologi ideologi lain. Mereka pencetus idea dan mereka juga pengamalnya. Tapi jika berlaku sebaliknya seperti pendokong hak pelacuran , mereka perlu amalkan dulu aktiviti pelacuran dan perzinaan. Jika mereka tidak amalkan sebenarnya ideologi mereka direka untuk merosakkan masyarakat ke lembah yang hina.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Ketua Perhubungan Isma Negeri Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat