Hina Jata Negara, jangan terikut budaya asing

BANGI, 1 Julai – Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952.

Ia merupakan simbol perpaduan negara kita yang tercinta kerana pada setiap lambang, ada maknanya tersendiri seperti mewakili setiap negeri, bulan bintang adalah lambang agama Islam sebagai agama persekutuan.

Tetapi tindakan penerbit dan penulis buku Rebirth baru-baru ini yang menghina Jata Negara mengundang penghinaan terhadap negara.

Menurut, Presiden Wafiq, Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar tindakan tersebut mempunyai elemen subversif yang cacamarbakan simbol-simbol penting negara.

“Tidak kira apa alasan pun, kita tak perlu terikut-ikut dengan budaya asing yang meraikan “kreativiti tanpa had” yang semua perkara boleh diperlekehkan dan dipermainkan.

“Kerana kita menjaga kehormatan negara kita lah, rakyat kita ada disiplin, mematuhi arahan seperti tidak protes dan memberontak kepada arahan kerajaan dalam memerangi COVID-19,” katanya.

Tambahnya lagi, elemen yang menghenyak dan menghina simbol-simbol negara ini mesti dibanteras supaya di masa hadapan generasi anak-anak kita tidak belajar dan melihat ada buku yang megah mewar-warkan penghinaan mereka terhadap Jata Negara Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat