Iman dalam konsep Sigmund Freud

Dalam teori cara fikir manusia, banyak yang boleh dikongsikan tapi untuk kali ini nak menulis tentang teori Sigmund Freud yang memperkenalkan kepada tiga jenis konsep cara fikir:

1. Id (nafsu)
Ianya merupakan cara fikir atau personaliti tidak sedar yang menyimpan keinginan. Jika didorong dengan kelakuan akan menghasilkan kesan yang buruk. Kerana id ini hanya mementingkan keseronokan, tidak teratur dan tidak rasional tanpa memikirkan akibat. Ianya memang terlahir semula jadi dan perlukan kepada sesuatu untuk mengawalnya

2. Ego (iman)
Pula merupakan cara fikir atau personaliti yang lebih realistik, logik, memikirkan kesan dan akibat. Tinggi ego maka tinggilah kawalannya kepada id. Ego yang baik mampu mengawal tindakan dan kerana itu ianya berlaku dalam keadaan sedar, berbanding id yang berada di luar sedar.

3. Superego (akal) :
Lebih kepada cara fikir atau personaliti yang dibina hasil ajaran moral dan berkembang dengan nilai nilai murni yang asas yang dapat dilihat disekeliling. Ianya dipengaruhi besar oleh unsur persekitaran dan juga pengaruh agama.

Pertembungan antara superego dan id akan memberi signal kepada ego dalam membuat tindakan dan penilaian.

Mengikut teori ini, memang tidak lari jauh dengan konsep yang telah diajar bahawa;

Iman yang baik (ego) mampu mengawal keinginan nafsu (id) dengan menggunakan neraca akal yang sihat (superego).

Kenapa menulis tentang teori ini? Kerana ramai dari kita yang hidup dalam resah gelisah tak tenang apabila ego tidak mampu mengawal kehendak id supaya selari dengan moral superego.

Contoh ringkas ;
Id (nafsu) suruh aku jadi gay, tapi superego (akal) kata ianya salah disisi nilai murni masyarakat dan agama. Dan akhirnya ego (iman) yang sihat mampu mengawal tindakan dan jalan yang kita pilih.

Pentingnya konsep iman ni lebih dulu Allah tekankan dan terkemudian barulah lahir teori yang seakan-akan.

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” [Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]

 

Dr. Nur Najwa Hanim Abd Latiff
Ahli I-Medik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat