1. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merafak sembah takzim dan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan mengalu-alukan pertabalan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang Di-Pertuan Agong XVI. Sesungguhnya YDPA adalah lambang kepada kesatuan ummah dan keabsahan agama Islam di negara ini.
2. ISMA yakin seluruh rakyat jelata berasa bangga dengan pertabalan Tuanku dan mendoakan agar Yang Di-Pertuan Agong serta Permaisuri sentasa diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah untuk memimpin negara ini.
3. Seruan Ke Bawah Duli Tuanku agar rakyat bersatu-padu amatlah tepat ketika umat islam di dalam negara ini sedang berpecah belah. Semua pimpinan di setiap peringkat harus mengambil secara serius seruan ini. Hanya dengan kesatuan semua kaum akan membawa kemakmuran di negara tercinta ini.
4. Rakyat juga mengharapkan melalui pimpinan Ke Bawah Duli Tuanku ini akan dapat mengangkat Islam ke martabat yang tinggi dan mulia serta menolak semua usaha-usaha yang cuba untuk menghina Islam.
5. Akhir kata, kami, rakyat jelata akan sentiasa taat dan patuh ke atas junjungan-junjungan Tuanku dan memegang janji untuk mempertahankan negara dari semua unsur-unsur negatif.
6. Semoga Allah memberkati pertabalan Tuanku dan juga Raja Permaisuri Agong ini.
Sembah Takzim daripada:
Hj. Aminuddin Bin Hj. Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
30 Julai 2019