Isma Seremban beri sumbangan kepada Hospital Rembau

Oleh : Kaslawati Binti Kassim

SEREMBAN, 25 Mac – Majlis Penyerahan Sumbangan Untuk Frontliners Hospital Rembau telah berlangsung di Pasaraya Mas Bukti Ampangan pagi tadi.

Barangan berbentuk makanan dan minuman kepada petugas-petugas kesihatan di barisan hadapan Hospital Rembau telah diserahkan oleh Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia, Isma Seremban, Tuan Haji Norhelmi Bin Jamil kepada Puan Mazlin Binti Tumin, wakil pegawai Hospital Rembau di sini.

Ikatan Muslimin Malaysia, Isma Seremban telah melancarkan kutipan sumbangan ini pada pada 23 Mac 2020 yang lalu.

“Alhamdulillah, walaupun baru dilancarkan, jumlah kutipan yang diterima daripada masyarakat untuk membantu para petugas kesihatan ini amat menggalakkan. Sumbangan yang diserahkan ini adalah tanda sokongan dan solidariti kami kepada semua wira-wira negara barisan hadapan,” ujar Tuan Hj Norhelmi Bin Jamil.

Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada pengurus dan barisan pekerja Pasaraya Mas Bukti Ampangan kerana telah membantu membekal dan menyediakan barang-barang sumbangan ini.

Dalam pada itu, pihak Isma Seremban juga sedang bertungkus-lumus berusaha untuk menjayakan majlis serahan sumbangan kepada para petugas kesihatan di barisan hadapan Hospital Tuanku Jaafar yang dijangka dilaksanakan esok.

“Moga serahan sumbangan yang tidak seberapa ini memberi semangat dan kekuatan kepada para pertugas kesihatan yang telah berkorban masa, tenaga dan nyawa demi rakyat Malaysia. Moga mereka terus diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah SWT untuk melaksanakan amanah ini. Buat para penyumbang dan seluruh warga Isma Seremban moga usaha murni kalian diberkati oleh Allah SWT,” ujar YDP Isma Seremban lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat